Sejarah Changkat Jong

Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki bahagian ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)

Ia diberi nama Jong kerana sejarah kapal jong. Menurut kisah orang-orang tua di sini, keseluruhan tanah landai di kampung ini adalah sebuah lautan yang luas. Kapal Jong yang dikatakan itu telah belayar di lautan ini dan telah ditegur oleh Sang Kelembai. Kapal itu menjadi batu dan ditumbuhi hutan rimba yang tebal. Menurut orang tua-tua Kampung Changkat Jong telah dibuka oleh seorang yang bernama Abdul Samat bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Tok atau Toh Muda Samat. Beliau seorang pelayar yang dikatakan datang dari Sumatera Barat dan berlayar sehingga menyulusuri Sungai Perak yang akhirnya sampai di Kampung Changkat Jong.

Nama kampung Changkat Jong telah ditukar nama dengan nama Kampong Baru Changkat Jong sekitar tahun 1951 apabila sebuah kawasan baru telah dibuka. Tok Muda Samat dikatakan mempunyai 10 orang anak yang bernama Said, Umin, Awang, Putih, Ahmad dan beberapa lagi anaknya yang tidak dapat dinyatakan namanya. Kini generasi Tok Muda samat telah sampai ke generasi yang ke-10. Menurut cerita orang tua-tua kebanyakan penduduk-penduduk Kampung Changkat Jong mempunyai pertalian saudara iaitu merujuk kepada anak cucu kepada 10 orang anak Tok Muda Samat.

Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.